? ??????????????Kiss Me I'm Irish 2? ????? ?? ???Rating: 4.0 (4 Ratings)??0 Grabs Today. 2108 Total Grabs.
??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????Where we going?? ????? ?? ???Rating: 4.0 (5 Ratings)??0 Grabs Today. 1200 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Cod BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Saturday, August 29, 2009

..Tahap Perkembangan Kognitif Remaja..

Perkembangan pada peringkat remaja merupakan suatu proses peralihan yang normal, iaitu dari zaman kanak-kanak kepada zaman dewasa. Proses peralihan ini adalah termasuk kepada perubahan dari segi kognitif, yang mana remaja yang sedang melalui proses peralihan ini biasanya akan dapat berfikir dengan lebih mendalam dan luas jika ingin dibandingkan semasa zaman kanak-kanak. Semasa di zaman kanak-kanak, pemikiran mereka biasanya lebih konkrit atau lebih terarah kepada sesuatu benda sahaja. Perkembangan pada kognitif seseorang remaja adalah berbeza dengan perkembangan fizikal mereka. Perkembangan kognitif dan emosi tidak berlaku secara teratur, ianya adalah berbeza pada masa-masa tertentu dan kadang-kala boleh dipengarauhi oleh mana-mana faktor persekitaran. Kadar perkembangan kognitif pada diri remaja bagi setiap insane adalah berbeza disebabkan oleh perkembangan otak yang berbeza-beza. Kadar perkembangan otak manusia dipercayai adalah paling efektif ketika umur remaja.
Menurut Keating, perkembangan kognitif berlaku pada otak dibahagian hadapan, tetapi serentak dengan perkembangan pada seluruh bahagaian otak manusia. Asas bagi perkembangan kognitif pada remaja adalah kewujudan keupayaan untuk berfikir secara abstrak yang mana yang mana pada waktu kecilnya, pemikiran mereka adalah lebig konkrit. Para remaja dapat mengembangkan keupayaan mereka untuk berfikir secara abstrak ketika mereka dibangku persekolahan dan kemudiannya, kebolehan ini akan diguna pakai dalam kehidupan seharian mereka.
Perkembangan kognitif bagi seseorang remaja boleh dirangsang melalui aktiviti-aktiviti social seperti proses interaksi sesama remaja atau dengan orang-orang yang lebih dewasa. Berpandukan kepada teori yang telah dikemukakan oleh Lev Vygotsky, proses pembelajaran juga merupakan suatu proses interaksi. Di sekolah, guru-guru sepatutnya sentiasa memperuntukkan sedikit masa kepada para pelajar untuk bercakap di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Jadi, apabila proses pengajaran dan pembelajaran sentiasa diselitkan dengan sesi interaksi dua hala antara pelajar dan guru, maka para pelajar bukan sahaja dapat meningkatkan kebolehan untuk berfikir dan meluahkan pebdapat masing-masing. Malahan, proses ini juga dapat membantu dan meningkatkan perkembangan kognitif pada remaja.
Menurut Lev Vygotsky lagi, dalam membantu perkembangan kognitif remaja, mereka perlu sentiasa berinteraksi berhubungan dengan rakan-rakan yang sama umur atau sebaya dengan mereka. Namun begitu, adalah lebih baik jika sesi perbincangan dan pembelajaran antara remaja tersebut turut dihadiri atau disertai oleh mana-mana orang dewasa terutamanya guru mahupun ibu bapa remaja tersebut. Ini bagi memantau setiap aktiviti atau perlakuan remaja, ini kerana kadang-kala tingkah-laku remaja adalah tidak dapat diduga. Namun begitu, ibu bapa mahupun guru perlu memberikan sedikit ruang kepada para remaja untuk berbincang dan meluahkan segala pendapat mereka secara lebih terbuka dan bebas tanpa sebarang halangan atau sekatan. Beliau turut menyarankan agar, pada peringkat sekolah para pelajar diberikan sedikit waktu dalam masa pembelajaran. Ini bertujuan agar para pelajar mempunyai masa untuk berbual dan berinteraksi dengan teman-teman mereka. Dengan ini, kognitif mereka akan dapat berkembang dengan lebih baik dan seterusnya membantu dalam proses pembelajaran mereka.

0 comments: